Saturday 17 March 2012

Venue: Tapak Semaian RISDA, Bandar Baru Bangi

A couple of weeks ago, my mom got an invitation to a wedding held at Tapak Semaian RISDA in Bandar Baru Bangi. Before this, we never heard of any couples who held their wedding reception there so this was among the first.

Wedding in a nursery....hmmmm, so I guess it must be a garden wedding.Here are a few pictures taken from Jalal Kompang(my mom never likes to snap pictures anyway)







Wednesday 14 March 2012

One Dream Veil Contest

Time for a contest...we just love contest (tapi asyik-asyik contest untuk kaum Hawa sahaja..rasa maca rejectshop pula kaum Adam)
Nota: kalau bold writing ni Mr Zafema yang menulis yer.

Well, what contest is it this time?


Yes, veil.Satu kemestian dalam majlis pernikahan atau persandingan.

How to join the contest?
1. Become a follower of AdRia Cottage   and ChintaAidaIskandar
2. Post a veil PLUS magic word that resembles the veil.
3. Share or tag with other B2B
4. Drop a comment to notify Mrs Fainie or if you don't have a blog, 
just email fainie_riz@yahoo.com


Do remember though...
1. It is only for B2B 2012
2. Malaysia citizens only
3.Closing date: 31st March 2012
4. Judgement is based on creativity and uniqueness
5. All judges decisions are final

So ...here goes nothing...............
















{ravishing}



Pn. Fainie , mission accomplished :)


Tuesday 13 March 2012

{DIY: Ring Pillow}

Cantik kan bila guna bantal sebagai tempat letak cincin? :)
Kalau ada masa, boleh le try buat sendiri....

marthastewartweddings.com

thetrendwedding.com

weddingbee.com    
Hari ini kami nak share DIY untuk buat ring pillow seperti berikut.Tutorial ini boleh didapati dari http://kandadindawithlove.blogspot.com/2012/03/rillas-craft-4-diy-ring-pillow.html



Cara-caranya adalah seperti berikut....

Bantal dibuat ikut saiz sendiri

Potong beberapa jalur kain. Lebar 5cm, panjang tidak kisah. Lebar juga boleh disesuaikan. Kalau nak kelopak yang kecil, kecilkan lebar jalur kain ini.

Lipat jalur kain seperti ini.

Potong bahagian atasnya mengikut bentuk separuh bulatan.Bakar sisi-sisi kain jika kain jenis berbulu.

Buka lipatan kain yang dipotong tadi. Jahitkan ke atas bantal seperti di dalam gambar ini.

Jahit mengikut bentuk bulatan. Apabila sampai ke penghujung kain, sambung dengan jalur kain yang lain pula.

Jahit sehingga bulatan sampai ke tengah.

Potong sedikit kain berbentuk bulatan dan jahitkan di tengah bantal.

Potong riben. Rilla guna riben grossgrain. Kemudian jahitkan di tengah-tengah bantal. Masa nak jahit tu, riben dibiarkan sahaja mengurai, jangan diikat seperti dalam gambar ini.    

Thanks Rilla Craft for the lovely post.

Monday 5 March 2012

Warna Inspirasi

Banyak sangat review dan feedback yang saya dapat tentang Warna Inspirasi.
Warna Inspirasi menyediakan doorgift yang menarik untuk para tetamu iaitu Yaasin, Asma ul Husna dan Mathurat.
Produk Warna Inspirasi nampak begitu exclusive sangat-sangat!
Covernya nampak begitu menyerlah dengan kilauan hotstamping yang menarik.
Kalau nak personalized pun boleh.
Produk-produk ini semuanya dibuat dari scratch dan prosesnya mengambil sekurang-kurangnya 30 hari bekerja(tidak termasuk pada hari cuti am dan hari minggu).
Tempahan perlu dibuat 3 bulan sebelum event tapi kalau nak buat lebih awal daripada tu pun boleh.



Tentang harganya..kami rasa memang berpatutan sebab produk ni semuanya custom made from scratch dan material yang digunakan tu memang a bit pricey.
Harganya depends on quantity. Min order 100.
 Lagi banyak kita order, lagi murah.

Kalau berminat, boleh layari hubungi mereka di....
emel: warna.inspirasi@gmail.com 
laman web Warna Inspirasi 

p.s: kalau nak order bahan printing lain pun boleh

Friday 2 March 2012

Bantal Hantaran

Bantal hantaran adalah di antara trend hiasan hantaran masa kini. Bantal hantaran ni pun memang boleh buat sendiri dan kreativiti masing-masing.





 Menarik kan? Kalau rasa nak buat bantal hantaran DIY ni..boleh lah view step-by step di laman web berikut

http://emideraman.blogspot.com/2011/04/review-hantaran-for-him.html
 http://akemiey.blogspot.com/2011/02/step-by-stepbantal-tido.html

Kalau saya sempat buat satu, saya akan upload pics di sini k. Selamat mencuba!

zafEMA

Thursday 1 March 2012

URBAN VIBE ONLINE CONTEST –cinta seputih salju(REVIEW)

Entri terakhir untuk online contest ini..

Well, seperti yang sedia maklum pada 24/2/2012-26/2/2012..berlangsunglah Pameran Pengantin Malaysia di SACC. Kami pergi pada hari Sabtu jam 2 petang dan berada di situ sehingga jam 6 petang. 4 jam..hebatnya.Dah le masa tu hujan lebat tapi sebab PPM punya pasal, sanggup redah hujan yang lebat tu.



Gerbang pintu utamanya memang cukup indah dan memenuhi konsep cinta seputih salju. Agaknya masa majlis pernikahan Yusry and Lisa lebih kurang macam ni le konsepnya.. white garden. Guard sempat kata "Kalau dah masuk , pasni tak boleh keluar..jadi duduklah di dalam lama-lama ye". Guard tu pun sambung,"Kalau datang awal sikit dapat tengok perarakan pengantin dan ada persembahan gamelan mengiringi pengantin tu"

Perarakan pengantin

Rasanya masa kat PICC dulu boleh je kuar masuk..hmm tak pasti. Masa sampai tak sempat nak ambil gambar apa-apa pun sebab sibuk melayan kerenah anak saudara. Ye...bukan datang berdua tapi dengan family.Meriah le sikit.
registration

Masuk-masuk je dah nampak ramai orang berpusu-pusu.



Gerai-gerai yang ada memang lebih banyak dari dulu.Ini merupakan kali kedua kami hadir di PPM. Dapatkah kami singgah di semua gerai? Well, 95% je coz 5% masa dah habis time show :)

Masa ronda-ronda tu dapat le tangkap pic penaja-penaja utama kita.

Di sini kami  buat ringkasan tentang PPM kali ini:
1.Show
Anak-anak saudara yang suka part ni. Dah letih meronda, nak rehat kaki sekejap.



bob AF

 Kerusi banyak kosong jadi kami layan show oleh Sarah Raisuddin dan Bob AF.



Pastu layan pulak fashion show. Kebetulan pada hari tu fashion show oleh Arma Abdul Rahman.

Hatta Dolmat pun ada

2. Gerai 
Rasanya susunatur gerainya kena ubah sikit.Letak setiap vendor ikut group supaya lebih memudahkan.Memang susah nak berjalan sikit coz ramai orang,Biasa le kalau ada pameran sehebat nih.Kalau nak jumpa vendor pun terpaksa beratur for a while coz memang tak menang tangan pun nak melayan.So we had to go around all the stalls 7 times...tawaf satu dewan :) until we get to meet the vendors.A bit tiring.

3. Vendors
Semuanya ada...kad kahwin,doorgift,catering,photography,pelamin,baju pengantin...gerai nak kurus badan pun ada. So everything is there..easy to make choices.Cuma kami ni memang budget sangat-sangat so maybe boleh buat pameran pengantin versi budget.We love the food tasting part! Disokong sepenuhnya oleh anak-anak saudara kecil kami.



Oh ye, kami tak perasan pulak ada gerai di luar dewan so masa balik tu sempatlah singgah. Kebetulan ada gerai ex-b2b..Ann Magnifique Planner...Ann & Ash...



 Kalau tak ingat, ini dia pelamin mereka yang popular tu.



4. Hiasan
 All that we can say...NICELY DONE especially pintu gerbang Nas Great Ideas. Dapatlah tengok secara dekat concept Cinta Seputih Salju secara dekat.Beberapa gerai pun buat setup lebih kurang begini.


Tapi yang ralatnya...

Takde paperbag...masa masuk tu tak nampak pun paperbag PPM macam biasa. Mungkin sebab event jatuh hari Sabtu, jadi takde paperbag ataupun kami sahaja yang tak dapat. Kalau ada paperbag, senang sikit nak letak brochures etc. Kalau PPM jual recycle bag pun ok gak :) Kami nampak a few couples yang bawak paperbag masing-masing. Nasib baik Ekhwan Catering provided paperbags..boleh le letak brochures yg berlambak.


Apa yang kami ingin lihat pada masa akan datang?
1. Penglibatan ramai pereka fesyen tempatan yang senior dan popular...seperti 



Datuk Bernard Chandran, Datuk Tom Saufi, Rizalman, Jovian Mandagie dengan pereka-pereka muda.At the same time, boleh adakan pertandingan mencipta pakaian pengantin khas untuk semua rakyat Malaysia kecuali pereka fesyen :) Yang terpilih boleh buat persembahan di runaway PPM.

2. Free doorgift
Masa pergi PICC dulu dapat paperbag  and buah epal sebab masa tu konsep ala-ala snow white/fairy tale..lebih kurang gitu le..ingat-ingat lupa. So maybe boleh carry on dengan pemberian doorgift mengikut tema :)

3. Talk
Ada tak yang berminat nak dengar? Well, talk yg very light not too heavy but entertaining and very informative for all. Maybe boleh jemput Datuk Fadilah Kamsah..bagi light  talk tentang alam rumahtangga etc or Eric untuk tunjuk sikit tips nak decorate rumah untuk majlis.


Kenapa kami patut menang?
Seperti peserta lain, kami pun nak menang sebab nak juga merasa hasil sentuhan penaja-penaja utama dan abadikan memori indah itu dalam hidup kami.Lagipun dari dulu asyik belek-belek majalah Pengantin and jatuh cinta dengan hasil kerja Arma, Ari, Photolicious,GI & Avicenna.Kalau dalam list angan-angan kahwin kami, memang ada vendors ni tapi sebab kami ni ada tight budget..tak pasti dapat guna perkhidmatan mereka nanti.

Namun begitu, menang atau kalah, itu adat. Yang pasti kami seronok sangat dapat menyertai online contest ni.Sekurang-kurangnya entri kami dapat disebarkan kepada ramai orang di sana dan di masa akan datang ramai yang akan tahu lebih banyak tentang Pameran Pengantin Malaysia ini.Kalau ada consolation prizes utk peserta online contest pun dah cukup happy :)(isk tak malu)

Dengan sedihnya..dapatlah tangkap a few pictures coz camera rosak pulak!Masa kami sampai tu memang dah kalut sangat  jadi terlupa pasal nak ambil gambar yg ada logo PPM atau Urban Vibe Contest.Ini saja bukti kami ada di situ...sorry cara yang berlainan sikit :)

niece jadi mangsa kami
Sekian, terima kasih.


Zafema