Agak-agak kalau ada orang datang merisik apa yang mesti dilakukan oleh pihak perempuan?
Tak payah nak kalut sangat sebab ini cuma datang nak merisik jadi kita jadilah diri kita yang sebenar cuma jangan pulak tunjuk perangai tak senonoh pula. Tak payah nak tonyoh muka dengan Max Factor, Bobbi Brown sampai dah tak nampak rupa asli..pakai je make-up ala-ala kadar. Sekurang-kurangnya nampaklah kejelitaan dan keayuan yang asli. Kalau bab pakaian pula, pakailah baju yang sopan-santun..baju kurung pun ok jer. Jangan pula nak pakai skirt pendek,baju dedah sini..first impression ni..kang jatuh saham,nangis non-stop..siapa pula yang nak tolong? Itu kalau merisik jenis dah inform. Kalau jenis yang tak inform macam mana pula? Tahu-tahu dah ada depan rumah jam 12 malam..jangan gelak..ada tau.Tak sempat nak make-up..pakai je le t-shirt dengan kain batik.
Sunday, 30 October 2011
Langkah pertama: Merisik (part 1)
Dalam adat orang Melayu, kita ada 3 peringkat untuk dilalui iaitu merisik, bertunang dan nikah. Kalau dibandingkan zaman dulu dengan sekarang, rasanya proses perkahwinan zaman dulu lebih thrill sebab kebanyakkan pasangan tak bercinta macam orang zaman sekarang.Jadi merisik sesuai diguna pada zaman itu. Zaman sekarang ada yang terus bertunang tanpa merisik sebab masing-masing dah kenal tapi cincin merisik tetap diberi semasa majlis pertunangan.
Kalau dah confirm nak kahwin, perkara pertama yang mesti dilakukan oleh pihak lelaki ialah MERISIK.Apa maksud merisik?Risik bermaksud menyiasat ..investigate..spy. Jadi dalam erti kata yang lain, sebelum hendak mendirikan rumahtangga kenalah pihak keluarga menyiasat latarbelakang atau status bakal menantu sama ada anak dara atau sudah berpunya selain mengkaji latarbelakang keluarga.Hal ini amatlah penting sebab tak nak pula kita silap langkah atau menyalahkan satu sama lain jika berlaku sesuatu yang tidak diingini di kemudian hari.
Bagaimana proses merisik ini berlaku?
Pertemuan akan diadakan di antara wakil pihak lelaki dan wakil pihak perempuan. Di sini wakil pihak lelaki akan menyiasat status anak dara sebab dalam agama Islam kita dilarang untuk mengambil tunangan orang. Kebiasaannya, anak dara itu akan menghidang sendiri makanan dan minuman kepada tetamu. Secara tidak langsung, dapatlah wakil keluarga lelaki menilai si gadis yang bakal disunting. Kedua-dua pihak akan bercerita sedikit tentang keluarga masing-masing dan barulah wakil pihak lelaki menyampaikan hajat di hati. Biasanya ada pantun tapi tak semua orang pandai berpantun ataupun nak sangan berpantun :) Dah selesai berpantun, barulah diserahkan cincin belah rotan..itupun jika si gadis sudi menerimanya. Kalau dah diterima, barulah ditetapkan tarikh pertunangan.
Dalam sibuk-sibuk pihak lelaki merisik,si gadis pula perlu memastikan juga status lelaki terutamanya dari segi latar belakang agamanya dan pekerjaan.Jangan tergopoh-gopoh nak terima lamaran tapi tak siasat.
Persediaan si gadis..
Tak payah nak kalut sangat sebab ini cuma datang nak merisik jadi kita jadilah diri kita yang sebenar cuma jangan pulak tunjuk perangai tak senonoh pula. Tak payah nak tonyoh muka dengan Max Factor, Bobbi Brown sampai dah tak nampak rupa asli..pakai je make-up ala-ala kadar. Sekurang-kurangnya nampaklah kejelitaan dan keayuan yang asli. Kalau bab pakaian pula, pakailah baju yang sopan-santun.
Time bila sesuai nak pergi merisik?
Kalau boleh, tentukan masa yang sesuai.Ada yang merisik time hari raya coz konon-konon nak pergi beraya sambil merisik. Ada juga yang jenis tak beritahu pasangan dan ada yang beritahu last minit.
Persediaan si gadis..
Tak payah nak kalut sangat sebab ini cuma datang nak merisik jadi kita jadilah diri kita yang sebenar cuma jangan pulak tunjuk perangai tak senonoh pula. Tak payah nak tonyoh muka dengan Max Factor, Bobbi Brown sampai dah tak nampak rupa asli..pakai je make-up ala-ala kadar. Sekurang-kurangnya nampaklah kejelitaan dan keayuan yang asli. Kalau bab pakaian pula, pakailah baju yang sopan-santun.
Time bila sesuai nak pergi merisik?
Kalau boleh, tentukan masa yang sesuai.Ada yang merisik time hari raya coz konon-konon nak pergi beraya sambil merisik. Ada juga yang jenis tak beritahu pasangan dan ada yang beritahu last minit.
Just in case there are any foreign bloggers out there, merisik is like the so-called pre-engagement event where the guy will give a ring to the love of his life through his family member(normally it's the mother who will do so). During this event, the family members will get to know about each other's family and make sure that both the guy and lady are single, available and eligible :)
Friday, 28 October 2011
101 :Bridezilla & Groomzilla 2012
Dulu tak pernah terfikir hari-hari yang indah ini bakal menjelma. Setelah beberapa tahun berlalu,kini kami memahami tahap stress yang dilalui oleh kawan-kawan serta saudara-mara yang membuat persiapan ke jinjang pelamin.Jika tiada aral melintang, majlis perkahwinan akan berlangsung pada tahun 2012.
Catatan dalam blog ini akan menjadi jurnal untuk merakam idea, cadangan dan info secara interaktif.
Catatan dalam blog ini akan menjadi jurnal untuk merakam idea, cadangan dan info secara interaktif.
Subscribe to:
Posts (Atom)