Thursday 24 November 2011

Contest Hafizudinhamdan photography

Ada contest! Jom layari laman web Hafizudinhamdan untuk contest terkini beliau. Sekiranya anda pandai mengarang, jangan lepaskan peluang ini.




Antara hasil kerja beliau...

Wedding Shoes

Here's a place where you can buy your made to measure wedding shoes: Absolutely Gorgeous by Amy

DIY Bantal Hantaran

Look at what I found! SO thrilled to find this DIY hantaran.Kalau ada masa,boleh le buat.Anda boleh rujuk cara-cara membuatnya di Hikayat Cinta. Thanks for sharing!

Tuesday 22 November 2011

Cincin oh Cincin


Tahukah anda bagaimana untuk mengukur saiz cincin?
1.Lilitkan benang atau sehelai kertas di keliling jari.
2. Tandakan di mana dua penghujung benang bertemu.
3. Ukurkan benang atau kertas dengan pembaris.
4. Bahagikan dengan 3.14 untuk dapatkan diameter.



Nak senang print yang ni...

Make sure set size to 100%


Kalau nak ukur saiz ada beberapa tips...
1.Jangan ukur waktu jari dalam keadaan sejuk
2.Untuk dapatkan ukuran yang tepat, ukur pada waktu malam

Saturday 19 November 2011

Photobooth corner

Would you consider of having a photobooth corner at your engagement or wedding event?

Nampak menarik...memang sangat menarik.

Kalau nak buat your own photobooth corner pun boleh...as simple as this one

Here's another inspiration


Semuanya recycle..tak perlu keluar duit yang banyak. Sofa,kerusi, bench, buaian, kain ela, papan hitam saiz kecil, dan sebagainya. Lepas tu sediakan polaroids dan guestbook so tetamu boleh ambil gambar & tampal dalam guestbook.Sediakan props yang menarik seperti misai palsu atau kata-kata seperti TAHNIAH.Kalau takut kamera tu rosak atau kena curi(manalah tahu kan), cari someone yang boleh jaga booth tu.

Kalau anda rasa tak sempat nak buat semua tu boleh le guna perkhidmatan Photobooth Corner.

Tuesday 8 November 2011

Persiapan majlis pertunangan & merisik

Tinggal lebih kurang 40 hari sebelum majlis pertunangan & merisik bakal berlangsung.Hati pun berdebar-debar.Zaman dahulu persediaan majlis pertunangan sangat simple. Sekadar penyediaan hantaran dan jamuan secara kecil-kecilan.

Masa saya kecil-kecil dahulu, saya pernah mengikuti rombongan meminang uncle saya di area Kg. Pandan. Majlis tersebut diadakan pada waktu malam. Setibanya kami di sana, hanya orang dewasa sahaja yang bertemu dengan keluarga pihak perempuan. Saya dan adik-beradik saya ikut uncle kami mencari makan. Lama juga menunggu majlis selesai...dok dalam kereta je.

Kalau zaman sekarang, majlis pertunangan sangatlah hebat...macam pre-wedding ceremony pula :) Disebabkan adanya internet, maka banyak lah idea-idea wedding dari seluruh dunia.Ada yang buat mini pelamin, ada candy buffet, doorgifts yang cantik dan kreatif...memang menakjubkan melihat bakat orang.Kalau bertunang pun, bakal tunang( si lelaki) pun hadir selepas majlis pertunangan dengan memakai baju sedondon ataupun casual look.

Bagaimana pula majlis pertunangan anda?