Friday 23 December 2011

Jom gi Muzium Negara!

Teringat masa kecik-kecik dulu, mak ayah selalu bawak kita ke Muzium Negara. Kalau tok ke sedara datang, mesti gi sana jugak. Di situlah tersimpan banyak khazanah negara.Kalau kita tak belajar tentang sejarah negara kita nih, pasti satu hari nanti negara kita ni akan dijajah semula oleh  kuasa asing. 

Suasana kat Muzium Negara sekarang ni lagi teratur dan kemas jika nak dibandingkan beberapa tahun yang lalu. Memang menarik sangat-sangat.Selain daripada pameran tetapnya, Muzium Negara sering mengadakan pameran khas. Contohnya, Pameran Busana Perkahwinan Mutiara. Pameran ini diadakan sejak 26 November hingga 31 Disember 2011.Antara yang dipamerkan ialah baju perkahwinan Ning Baizura rekaan Rizman Ruzaini bernilai RM150,000 dan gaun perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza rekaan Khoon Hooi bernilai RM300,000. Kasut rekaan Profesor Datuk Jimmy Choo yang disulami mutiara turut dipamerkan.

Baju Memey yang seksa tu pun ada...fuyooo

Dengar citer pasni bakal pengantin boleh mengadakan majlis perkahwinan di perkarangan Muzium Negara.Bestnya tapi masalahnya..cukup ke tempat letak kereta sebab masa Upin & Ipin buat showcase kat Muzium Negara aritu pun parking tak cukup.Inikan pula yang nak buat kenduri kat situ.

 

Festival Pengantin i-City, Shah Alam

Sebagai penutup tirai 2011, Dirich Vision, menganjurkan Festival Pengantin Malaysia di i-City Shah Alam.
Festival Pengantin Malaysia
30, 31 Disember 2011 & 1 Januari 2012
Ruang Legar I-City, Shah Alam
12pm -12am
Theme: Blossom Glory Romantic Love
 
Kalau anda nak dapatkan harga early birds, singgah je di i-City tapi untuk makluman parking RM10.Nak masuk area i-city especially time cuti sekolah ni memang jam teruk. Bila dah ada kat lokasi pulak, panasnya hanya mereka yang dah biasa pergi tahu le (tau takper).Patut le dioran wat Snow World..hehehe.tak tahan panas, masuk pulak Snow World.
Anyway happy hunting to bride to be and groom to be out there.

Summary for bride and groom to be

Something to share ....
If you want to see a summary of a Malay wedding preparation, just take a look at this.
I found this at adlankhalidi.com

Thursday 22 December 2011

Cipta Karya Studio

Cipta Karya Studio...salah satu photographer/videographer yang menjadi pilihan pengantin baru.
Antara hasil kerja CKS



 
Bak kata mereka..tak kenal, maka tak cinta. Jadi gunalah peluang ini untuk singgah di booth mereka, BOOTH 116 di Festival Pengantin i- City, Shah Alam yang akan berlangsung pada 30/12/2011-1/1/2012.Bukan itu saja, anda berpeluang untuk mendapat pre-wedding atau post wedding photoshoot 100% FREE.Ye..100% FREE tapi seperti biasa ada terms & conditions apply.


Kalau dah confirm nak upah CKS untuk majlis perkahwinan,pertunangan dan sebagainya...bolehlah pilih salah satu pakej yang disediakan.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
Imran Dahrir +0176632917 atau +03-78312471
ciptakarya.ent@gmail.com
http://ciptakaryapictures.blogspot.com

Wednesday 21 December 2011

We're engaged!

Selesai sudah majlis pertunangan pada tanggal 18/12/2011 yang lalu.
Ucapan terima kasih yang tak terhingga di atas bantuan ahli keluarga yang tersayang yang menjayakan majlis ini.
Gambar-gambar sekitar majlis akan menyusul nanti.

Tuesday 13 December 2011

Hasil kerja Mukhriz Latif...


We simply love these pics of the newly engaged couple- Maria Elena & Asfirdaus. Gambar-gambar yang diambil oleh jurufoto, Mukhriz Latif, ternyata mengambarkan suasana keriangan dan ceria. Photobooth yang ada di lokasi juga menjadi daya tarik selain daripada props dan cupcakes yang memikat kalbu.
Adakah Mukriz Latif menjadi jurufoto pilihan anda? :)

Untuk portfolio Mukhriz Latif, sila lawat http://blog.mukhrizlatif.net

Friday 2 December 2011

Johor Premium Outlet

Now we have our very own factory outlet ...Johor Premium Outlet. Boleh ler shopping kat sini pasni.Adakah ia setanding Potamac Mills?


Johor Premium Outlet akan dirasmikan oleh PM kita pada 11/12/2011
Sneak Preview: 2/12/2011- 10/12/2011..sneak je..tak boleh lebih-lebih :)
Grand Opening Celebration:11-18/12/2011...yg ni paling ditunggu-tunggu.

Johor Premium Outlet

 How to get there?

Johor Premium Outlets
Jalan Premium Outlets
Indahpura 81000 Kulaijaya, Johor Darul Takzim
Malaysia

 




Joyful Moment with SweetSue Cupcakes Contest

    



Today I found this blog. The owner is organizing a contest.
Prize: 1 box of tiny dots muffin/cupcakes..hanya untuk 3 pemenang bertuah

Closing date: 18th December 2011

Apakah syarat-syaratnya?
1. Anda mesti jadi follower di salah satu blognya :SweetSue cupcakes atau The Suite Life of Sue
2. Buat satu entri tentang contest tersebut.
3. Letak banner yang kat atas tu and make sure ada link terus ke entry tentang contest tu
4. Kemudian, letak gambar yang tengah riang ria kanak-kanak Ribena or apa-apa asalkan gumbira!
5. Akhir sekali, letak linki entry tu kat bahagian comment entrynya.

Oh ye...ada satu lagi hadiah misteri khas untuk mereka yang join contest nih.
So kalau nak merasa tiny dots mini muffin/cupcakes ni, join contest. We will join later :)


seating arrangement

I think some of you might find this website very handy.
Dalam sesetengah budaya, seating arrangement ni penting especially mat salleh. Masa tengok Kim's wedding preparation hari tu pun dah tahu betapa sensitif hal seating arrangements.

Kalau macam kita ni, kebiasaannya ibubapa atau orang kanan keluarga yg akan duduk di meja pengantin.Pastu allocate meja untuk ahli keluarga. Nak allocate pun jangan buat cukup-cukup je. Sekurang-kurangnya biar ada 1-2 extra tables. Mana lah tahu tiba-tiba ramai pula family members pengantin atau family bertandang yang mula-mula tak jadi nak datang, tiba-tiba dapat datang. Satu lagi paling penting, mesti ada orang yang jaga meja-meja ni. Saya bercakap ni pun berdasarkan pengalaman sendiri.Kat meja tu dah tulis untuk keluarga bertandang tapi orang lain yang duduk.Kita ni berdiri dekat 10 minit..mencari-mencari meja. Nak duduk kat meja lain, takut pula kena marah.

So try le skodeng website  http://www.seatingarrangement.com/