Friday 23 December 2011

Jom gi Muzium Negara!

Teringat masa kecik-kecik dulu, mak ayah selalu bawak kita ke Muzium Negara. Kalau tok ke sedara datang, mesti gi sana jugak. Di situlah tersimpan banyak khazanah negara.Kalau kita tak belajar tentang sejarah negara kita nih, pasti satu hari nanti negara kita ni akan dijajah semula oleh  kuasa asing. 

Suasana kat Muzium Negara sekarang ni lagi teratur dan kemas jika nak dibandingkan beberapa tahun yang lalu. Memang menarik sangat-sangat.Selain daripada pameran tetapnya, Muzium Negara sering mengadakan pameran khas. Contohnya, Pameran Busana Perkahwinan Mutiara. Pameran ini diadakan sejak 26 November hingga 31 Disember 2011.Antara yang dipamerkan ialah baju perkahwinan Ning Baizura rekaan Rizman Ruzaini bernilai RM150,000 dan gaun perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza rekaan Khoon Hooi bernilai RM300,000. Kasut rekaan Profesor Datuk Jimmy Choo yang disulami mutiara turut dipamerkan.

Baju Memey yang seksa tu pun ada...fuyooo

Dengar citer pasni bakal pengantin boleh mengadakan majlis perkahwinan di perkarangan Muzium Negara.Bestnya tapi masalahnya..cukup ke tempat letak kereta sebab masa Upin & Ipin buat showcase kat Muzium Negara aritu pun parking tak cukup.Inikan pula yang nak buat kenduri kat situ.

 

No comments:

Post a Comment