Tuesday 8 November 2011

Persiapan majlis pertunangan & merisik

Tinggal lebih kurang 40 hari sebelum majlis pertunangan & merisik bakal berlangsung.Hati pun berdebar-debar.Zaman dahulu persediaan majlis pertunangan sangat simple. Sekadar penyediaan hantaran dan jamuan secara kecil-kecilan.

Masa saya kecil-kecil dahulu, saya pernah mengikuti rombongan meminang uncle saya di area Kg. Pandan. Majlis tersebut diadakan pada waktu malam. Setibanya kami di sana, hanya orang dewasa sahaja yang bertemu dengan keluarga pihak perempuan. Saya dan adik-beradik saya ikut uncle kami mencari makan. Lama juga menunggu majlis selesai...dok dalam kereta je.

Kalau zaman sekarang, majlis pertunangan sangatlah hebat...macam pre-wedding ceremony pula :) Disebabkan adanya internet, maka banyak lah idea-idea wedding dari seluruh dunia.Ada yang buat mini pelamin, ada candy buffet, doorgifts yang cantik dan kreatif...memang menakjubkan melihat bakat orang.Kalau bertunang pun, bakal tunang( si lelaki) pun hadir selepas majlis pertunangan dengan memakai baju sedondon ataupun casual look.

Bagaimana pula majlis pertunangan anda?

No comments:

Post a Comment