Saturday 7 January 2012

Musartworks Photography : 2012 Giveaway Contest.

Yes...sape tak nak free post/pre wedding portraiture ni...FREE.Kalau orang nak taja our wedding pun, lagi suka :) tapi kita ni bukan Dato Siti Nurhaliza, Memey, Datin Umie Aida, Erra Fazira.

Anyway, today nak blog tentang Musartworks Photography. Musartworks Photography telah mula berkecimpung dalam bidang fotografi sejak 2009. Kini mereka menawarkan satu giveaway contest yang menarik.Tak nak cuba ke?

Peraduan ini bermula pada 4/1/2012 dan akan tamat pada 28 Februari 2012 jam 1200 malam. Ini dia syarat-syaratnya dan hadiah yang ditawarkan seperti yang diwar-warkan di dalam laman web mereka.


  • Pakej termasuk 3 Hours Coverage, 1 Wall Portrait 16×24, DVD
  • Pakej tidak termasuk, transportation cost. Bermaksud kalau anda nak buat Portraiture kat Bali sekalipun, kami amat berbesar hati, akan tetapi kos perjalanan ditanggung oleh anda.
  • Tarikh portraiture adalah sepanjang tahun 2012 . Akan tetapi ianya tertakluk kepada kekosongan jadual Musartworks Photography.
  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia tak kira Bride to be or X-Bride to Be
  • Hanya 1 penyertaan sahaja.
  • Nilai Package RM399
  • Discount Voucher juge tidak boleh ditukarkan dengan cash. Boleh digunakan untuk redeem apa-apa package yang disediakan oleh pihak Musartworks.
  • Entry yang paling KREATIF DAN BACKLINK TERTINGGI akan dinobatkan sebagai juara.
  • Keputusan pengadil adalah muktamad.

Apa hadiahnya?
1st Prize
3 Hours Portraiture Coverage
1 wall portrait 16×24
DVD
Discount RM200 on any package provided by Musartworks Photography

2nd Prize
1 Wall Portrait 16×24
Discount RM150 on any package provided by Musartworks Photography

3rd Prize
1 Digital Photo 12×18
Discount RM100 on any package provided by Musartworks Photography
* 2nd and 3rd prize winner mesti hantar gambar ber’resolusi’ tinggi kepada kami.
PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA  1 MAC 2012.


Banyak juga gambar-gambar cantik yang mereka rakam dan berikut adalah di antara yang menarik perhatian kami....







sekarang ni ramai yang suka ambil gambar begini....kalau tak kat bus stop, kat stesen keretapi, kat tengah jalan.Hmm..kalau kat pasar malam dah ada ke yang buat? :)

yang ni shot cincin..cincin Tiffany ke tu?
apa-apa objek bila jadi mangsa lensa memang indah

Pasangan pengantin yang happy....

menjadi tumpuan

bersanding di atas keretapi :)



Semua gambar cantik belaka tetapi ada sebuah gambar yang memberi makna bagi kami .Ia bukannya gambar perkahwinan ..

 
Haji
sebuah pelukan yang bermakna.Pernahkah anda melalui saat seperti ini ketika menghantar atau menyambut kepulangan mereka yang pergi menunaikan Rukun Islam kelima ini? Pelbagai perasaan akan muncul secara tiba-tiba...sedih,gembira,syukur. Mungkin gambar di atas adalah pelukan seorang abang dan adik atau sahabat baik. Bila mengenangkan gambar ini, tertanya-tanya pula..bilakah kali terakhir kami memeluk ibubapa kami..adik-beradik kami....peluklah mereka sepuas-puasnya walaupun untuk sesaat.


Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi mereka di...


1 comment: