Thursday 9 February 2012

URBAN VIBE ONLINE CONTEST -cinta seputih salju(PREVIEW)



Kalau sebut  je Pameran Pengantin Malaysia, ada satu je syarikat event yang popular iaitu Urban Vibe Event. Mula le dok terbayang-bayang poster-poster pamerannya serta tema-tema pamerannya(Tema-tema ni bermula sejak 2011) yang menarik perhatian dan memberi inspirasi kepada bakal pengantin Malaysia. Bila tengok je poster pameran nih..rasa macam nak kahwin banyak kali.




Kalau nak dibandingkan zaman dulu dengan sekarang, memang jauh beza. Dulu kita hanya rujuk majalah, tengok majlis kawan atau ahli keluarga untuk dapat idea. Majlis zaman dahulu dengan zaman sekarang ni tetap meriah tapi zaman sekarang kita ada banyak sangat pilihan memandangkan segala info ada di hujung jari. Trend-trend terkini bukan sahaja dapat dilihat melalui majalah, rancangan tv, laman sesawang etc. 

Antara perkara penting yang orang nak cari ialah...
Jurugambar. Kalau dulu,kita jarang nak upah jurugambar. Sape-sape boleh volunteer amik gambar kahwin kita...budak kecik pun boleh :) Ada gak yang pergi amik gambar kat studio Apek je. Pakai baju pengantin 10 pasang.Posing sana, posing sini.

Source: http://sayacomel.com/comel-sangat-budak-kiut-belajar-guna-kamera/
Sekarang ni orang dah minat dengan wedding photojournalism. Amik gambar dari pelbagai sudut supaya bila dah selesai majlis kita dapat melihat bagaimana keadaan majlis pada hari tersebut dari perkspektif yang berbeza.  Setiap photographer ada kelebihan masing-masing. Pastu ada juga videographer..jadi orang pun nak le buat video pre-wedding,post-wedding, save the date..ala-ala macam orang di Barat…lebih kurang macam nih ler kan...



 Source: Candidsyndrome



Makanan. Kalau takde makan-makan, kita tak panggil le tu kenduri. Dulu boleh le orang bergotong-royong masak ramai-ramai tapi sekarang tak dapat nak buat semua tu. Kat kawasan kampung masih diamalkan tapi kat bandar ni susah sikit.

Source: forum.digitalmukmin.org

Masing-masing sibuk dengan kerja ..tak dan nak buat semua. Jadi kita serah kerja memasak ni kepada caterer yang dilantik.


Source: http://mutiaracatering.blogspot.com


Itu baru 2 perkara.Banyak jugak persediaan yang perlu dibuat tapi kita ni ada ke masa nak ke hulu ke hilir?Nak cari katerer,jurugambar, mak andam,pelamin etc. Kan senang kalau semua di bawah satu bumbung!(sila angguk ye).

Sebab tu ada Pameran Pengantin Malaysia atau PPM


Inilah acara yang paling dinantikan oleh semua bakal pengantin termasuk ahli keluarga.

Siapa yang bertanggungjawab dengan tugasan berat ini? Walaupun tak kenal secara dekat tapi saya rasa mereka ni team yang paling happening.

 Macam mana nak tahu PPM tu asli?

Mesti ada logo ni :



Urban Vibe Event adalah peneraju utama dalam penganjuran PPM dan mereka belum pernah mengadakan kerjasama dengan badan-badan kerajaan lain. Jadi kalau ada yang mengaku diorang ni urus PPM, tolong tengok logo PPM dan logo company tu ye.


Urban Vibe Event diusahakan oleh pasangan suami isteri yang romantis, Puan Nadia Hassan(Drama Queen) dan suami Syahrul Hafiidz (White Bear) sejak tahun 2004. Family Urban Vibe Event ni juga terdiri dari Makcik Kantin, Pengurup Wang Berlesen, Artis Terlampau, Official Maskot dan Encik Rawkstar.Ni nama-nama glamer rasmi mereka(seperti yang dicatatkan dalam blog Urban Vibe)bukan rekaan semata-mata.

Di antara pameran yang mereka berjaya adakan ialah "Property & Home", "Beauty & Health", "Toys & Hobby", "Merdeka Fair", "Ramadhan Fair", "Consumer Fair". Namun Pameran Pengantin Malaysia atau PPM lebih menyerlah dan menaikkan nama syarikat mereka sebagai penganjur Pameran Pengantin yang tersohor di Malaysia. 



Urban Vibe Event penganjur PPM kita menjadi bualan di kalangan media percetakan


Bermula secara kecil-kecilan dengan pasaran “consumer product” di Giant dan Tesco, Pameran Pengantin Malaysia yang pertama telah dianjurkan di The Mall pada tahun 2001 dan seterusnya di Plaza Alam Sentral pada tahun 2008. The rest is history.


Bukan senang nak jadi penganjur. Nak convince orang, nak menarik jumlah pengunjung yang ramai…macam-macam kena buat.
Krew Urban Vibe Event


Jadi tabik spring kepada team Urban Vibe Event nih.Tanpa mereka ni tak mungkin kita dapat cari satu tempat yang boleh memberi kemudahan kepada B2B serta ahli keluarga dalam persediaan majlis perkahwinan impian mereka.

Apa pendapat saya tentang PPM?
Mula-mula dulu agak was-was le nak gi pameran ni sebab ada jugak beberapa festival pengantin kat shopping complex.Dah set dalam mind ni sure pameran biasa tapi bila gi for the first time kat PICC..memang tak terkata. Semuanya ada kat situ.Boleh view album-album,nego harga pakej, rasa masakan caterer,tengok show gubahan bunga,gubahan hantaran,fashion show baju pengantin,doorgift +kad kahwin, andaman, persembahan tarian,bag pipes etc. Mau tak ternganga mulut nih.


Oleh sebab itu, saya memang suka PPM sebab....

1. Saya ni workaholic-Saya memang takde masa nak  gi semua tempat nak jumpa photographer,wedding planner,caterer dalam masa yang suntuk disebabkan kerja. Kadang-kadang kalau bos suruh siapkan keje or overtime, tak dapat le nak gi sana-sini. Sekurang-kurangnya bila ada pameran macam ni dan kalau ada  few organizers bawah satu bumbung, dapat le kita dok situ satu hari suntuk meneliti promosi yang diadakan.Dapat le jimat duit minyak kete.

2. Venue yang menarik,selesa-Tempat-tempat penganjuran PPM ni pun tempat yang jadi tumpuan orang ramai seperti Mid Valley, SACC,PICC,Ampang Point. Jadi boleh ler bawah ahli keluarga sekali gi tengok pameran sambil singgah di tempat-tempat menarik di sekitar venue tu.

3. Waktu pameran-Waktu pameran dah sesuai sangat..hari weekend. Kalau buat time cuti sekolah jer takut ramai sangat orang sampai takde parking,berasak-asak.Semuanya just nice. So maintain yer.

4. Pertandingan- Part ni I like! Pertandingan online dan pertandingan di tempat pameran. Berebut-rebut le orang nak menang hadiah yang menarik dari penaja-penaja utama.

5.Promosi hebat- Kalau nak dapat harga cun…harga masa PPM le paling menarik.Siap ada promosi sempena PPM. PPM dapat membantu ku mengurangkan budgetku yang seciput.Kita tak nak le nak bazir-bazir sangat.

Bila pameran seterusnya? 

Jangan lupa yer untuk berkunjung ke PPM.
Tempat: SACC, Shah Alam
Tarikh: 24-26 Februari 2012 
Waktu : 10 pagi - 10 malam
MASUK PERCUMA!

Sila guna Encik Google untuk dapatkan peta ke SACC.


Team Urban Vibe Event akan menantikan kedatangan anda di sana..di sana....



Yours truly,
CelotehZafema

FB: Celotehzafema

p.s: Harap-harap dapat le menang contest PPM ni.Hadiah menarik dari mereka..

Arma Couture

AWC


GI & Photolicious


No comments:

Post a Comment