Thursday 23 February 2012

”URBAN VIBE ONLINE CONTEST –cinta seputih salju(TRIBUTE PENAJA)”



Yabadabedu!
Esok adalah hari yang dinanti-nantikan..24/2/2012-26/2/2012...berakhirlah penantian B2B & seisi keluarga.
Isk..dah ada yang hampir lupa pasal event esok...so meh nak remind lagi sekali yer. Kalau ternampak poster ini di tepi jalanraya...jangan buat tak tahu pula. Singgah sebentar...anda takkan rugi. Datang beramai-ramai yer.



Sekarang tiba pula misi kedua saya iaitu menyiasat latarbelakang penaja-penaja utama PPM 2012 ini.Didapati mereka ingin menaja beberapa hadiah istimewa utk online contest PPM.WOW!
Main Decorator & Penaja Hadiah Pertandingan:Arma Couture
Penaja hadiah utama pertandingan :Ari Wedding Couture
Official Photographer & Penaja Hadiah Pertandingan: GIPhotolicious
Official Videographer:Avicenna Studio
Agak susah untuk mendapatkan maklumat mereka kerana dikatakan mereka sangatlah down to earth dan tidak pernah ada kes jenayah besar setakat ini.Saya..maksud saya...KAMI dan pembantu khas kami, Inspector Gadget akan cuba  sedaya upaya untuk mendapatkan maklumat mengenai mereka dengan bantuan Encik Google.




Kita lihat siapa yang kena dulu ye.

 File #0021
Logonya menggunakan warna hitam sebagai background.Warna hitam membawa maksud  powerful(berkuasa).Siapakah gerangan orangnya?




Nama : Arma Abdul Rahman
Pekerjaan: Tauke Arma Couture Boutique

Beliau merupakan graduan dari dalam bidang Art & Design dari UiTM. Sebaik sahaja menamatkan pengajian, Arma telah memulakan bisnes wedding ini dengan bakat yang ada. Tuah memihaknya apabila hasil kerjanya mula menjadi bualan orang ramai dan menjadi pilihan beberapa selebriti tanahair seperti Mawi & Ekin, Bienda dan Elyana.
Menurut maklumat yang ada dalam fail ini, Arma sering terlibat dalam Pameran Pengantin Malaysia ini.
Gambar ini diambil semasa PPM 2011 di SACC
Hasil kerja beliau memang ada kelas seperti ada cerita di sebalik setiap penghasilan baju.




Dari barang-barang hantaran yang cukup moden, elegan, simple.




dan pelamin serta deko yang cukup indah...semuanya mengkagumkan.



Cantik tak? CANTIK.Bak kata Arma, asas sebuah perkahwinan adalah meraikan pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Ternyata kesungguhan Arma dalam bidang ini ada tujuan...merealisasikan impian B2B di luar sana dengan sentuhan magiknya.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mana butik Arma? Hasil siasatan mendapati kedai beliau terletak di Bandar Putra Permai.
Dengan bantuan spy part-time kami(Encik Google), dapatlah snap pic di dalam butiknya.Ternyata tempatnya sangat selesa dan boleh buat anda tak nak pulang ke rumah sendiri .

inside Arma's boutique

Kalau jumpa Arma nanti, jangan segan untuk bertanya apa-apa tentang hal-hal persiapan perkahwinan. Kami yakin Arma akan beri layanan yang sama rata tanpa mengira umur, bangsa dan agama. Percayalah kami kerana ramai pelanggannya memang respect etika kerja Arma.Encik Google telah berjaya menjejaki bekas client Arma , Asisul & Asthiah, bagi mendapatkan testimoni.
"You will look like a princess"

Berbakat beno Arma ni...


Arma dan geng pasti bersedia memberi perkhidmatan terbaik buat anda..so make an appointment soon.

9-G, Jalan PUJ 3/10,
 Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai,
 43300 Sri Kembangan,
 Selangor Darul Ehsan.
03-89449964 ,017-3288893 (syenell) atau 012-3409685 . 
laman web:  http://arma-couture.blogspot.com/
FB: Arma Abdul Rahman Wedding Couture
Emel:armaabdrahman@yahoo.com
NOTA: Krew Arma akan mengegarkan runway PPM 2012 kali ini dengan beberapa fashion designer tanahair.MUST SEE!




Fail #4231
Nama: Ari
Pekerjaan : Tauke Ari Wedding Couture
Ari

Ari Wedding Couture......sering mendapat tempat di dalam majalah kerana hasil sentuhan beliau terutamanya pelaminnya penuh dengan idea, wawasan dan memenuhi citarasa B2B.Farah AF2 dan Elyana adalah di antara selebriti yang mengggunakan perkhidmatan beliau.


Farah AF2

Yasmin Hani & Shahrin

Elyana


Kami sangat,sangat suka! Bukan senang nak menghasilkan sesuatu terutamanya apabila nak memenuhi citarasa client.Seseorang designer perlu  pandai main warna, budget,kualiti, ruang...hanya orang yang benar-benar berjiwa seni saja mampu melakukannya.

Lihat saja koleksi hantaran AWC...



Tanpa kerjasama pasukan, tak mungkin hasil kerja yang TERBAEK dapat dicipta.

Walaupun sibuk dengan pelbagai event, AWC masih meluangkan masa untuk membuka booth bersama PPM.





41A, Jalan 6/3,
Pandan Indah,
55100 Kuala Lumpur.
Tel: 017-223 0998
Emel : puncak_kasih_collections@yahoo.com
laman web : http://www.ariweddingcouture.blogspot.com



Fail #7860
 Yes, I totally love to take photos too..what about you? Who is the next person in our list?
Hulk Hogan ke tu? Memang menakutkan tetapi jangan main-main.Ini merupakan salah satu geng GI Photoshoot .Kumpulan ini sememangnya bergerak secara kumpulan. Hasil intipan mendapati markas mereka telah berpindah dari Subang Jaya ke Seri Kembangan. Kesalahan utama kumpulan ini adalah kerana menghasilkan gambar-gambar yang cukup menakjubkan sehingga menjadi kumpulan jurufoto yang menjadi rebutan.Lihat saja hasil kerja seni mereka ini....







Siapa lagi ahli GI Photoshoot ni?
semasa dalam tahanan
tidak pasti apa yang sedang difikirkannya
awan nano

GI Photoshoot bersama Datin Noniswara & suami



Kalau rasa nak serbu tempat mereka, alamatnya seperti berikut
9-1, Jalan PUJ 3/10, 
Taman Puncak Jalil,
 Bandar Putra Permai,
 43300 Seri Kembangan, Selangor



Fail #1231


Nama: Fairuz Ismail
Pekerjaan: Tauke Besar Avicenna Studio

RTM bersama Fairuz
Penyokong kuat Liverpool?
 Semasa melihat fail peribadinya, tiba-tiba terdetik di hati/fikiran..."Macam pernah nampak je mamat nih...tapi di mana ye??"
Fikir punya fikir...lor...senior kami masa belajar di sekolah menengah..same hometown.Tak sangka pula setelah belajar di UNITEN dan kerja di sektor perbankan untuk beberapa tahun, beliau akhirnya meninggalkan kerjaya beliau yang lumayan untuk mengejar impian beliau sebagai jurugambar professional.Ternyata ia tidak sia-sia.Tanpa sokongan padu keluarga dan rakan-rakan, tak mungkin beliau akan berjaya seperti ini. We salute you!
Eh jap...tapi kenapa Fairuz Ismail ada dalam list wanted ni?





Sama macam GI Photoshoot....menghasilkan penangkapan imej yang menakjubkan.Bukan sahaja beliau seorang photographer tetapi cinematographer.Lihat hasil kerja beliau yang indah ini...


NOTA: Beliau juga yang menghasilkan video Amirah Ali...Katakanlah.
            
Sekiranya teringin nak jumpa Fairuz Ismail in person, boleh kunjungi
 1-33,Jalan 8/35,
Seksyen 8, 
Seri Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi
emel:  enquiry@avicennastudio.com
laman web:http://www.avicennastudio.com/
laman mukabuku : avicennastudio


Fail #0091



Oopps..kereta siapa pula?The Photolicious team 
Dipercayai kumpulan ini diketuai oleh seorang wanita bernama Kamalia.Sebahagian ahli kumpulan ini adalah kaum Hawa (fuyo! GIRL POWER mcm SPICE GIRLS). Ini cukup hebat.

Siapa Kamalia Kamal?

 Beliau adalah pengasas The Photolicious.
Beliau adalah kakak kepada 3 orang adik.
Beliau adalah ibu dan isteri.
Beliau adalah guru, pelatih,penulis....
Memang hebat Puan Kamalia Kamal ni serba boleh.

Empayar beliau semakin hari semakin berkembang dan virus Photolicious pun sudah mula menjangkiti ramai orang.Lihat ini..

t-shirt ini yang menyebabkan ramai ingin memegang kamera
virus Photolicous telah menular

AWAS! Seharian bersama The Photolicious akan menyebabkan anda  terlampau gumbira.

There's no way out when you are addicted...

they just want to snap,snap,snap photos 24 hours!!

Virus Photolicious memang bahaya kerana anda akan pasti berjaya menghasilkan gambar-gambar seperti ini






Markas terbaru mereka adalah seperti berikut:
No. 22-1A
Jalan Pandan 3/10
Pandan Jaya
55100 Kuala Lumpur

Laman web: www.thephotolicious.com



Berakhir sudah misi kami untuk kali ini...





Hasil siasatan mendapati penaja-penaja ini sering kelihatan di mana-mana pameran pengantin terutamanya PPM....adakah mereka sedang merancang sesuatu??
salah satu bukti..AWC,GI,Photolicious

Well, there you have it. The WANTED sponsors for the official Pameran Pengantin Malaysia 2012 at SACC. Hope that the insights provided and the amazing photos will mesmerize you and who knows maybe YOU would like to choose them to be a part of your memorable event coz from what we know many of the B2Bs out there are dying for their services!







No comments:

Post a Comment