Thursday 1 March 2012

URBAN VIBE ONLINE CONTEST –cinta seputih salju(REVIEW)

Entri terakhir untuk online contest ini..

Well, seperti yang sedia maklum pada 24/2/2012-26/2/2012..berlangsunglah Pameran Pengantin Malaysia di SACC. Kami pergi pada hari Sabtu jam 2 petang dan berada di situ sehingga jam 6 petang. 4 jam..hebatnya.Dah le masa tu hujan lebat tapi sebab PPM punya pasal, sanggup redah hujan yang lebat tu.



Gerbang pintu utamanya memang cukup indah dan memenuhi konsep cinta seputih salju. Agaknya masa majlis pernikahan Yusry and Lisa lebih kurang macam ni le konsepnya.. white garden. Guard sempat kata "Kalau dah masuk , pasni tak boleh keluar..jadi duduklah di dalam lama-lama ye". Guard tu pun sambung,"Kalau datang awal sikit dapat tengok perarakan pengantin dan ada persembahan gamelan mengiringi pengantin tu"

Perarakan pengantin

Rasanya masa kat PICC dulu boleh je kuar masuk..hmm tak pasti. Masa sampai tak sempat nak ambil gambar apa-apa pun sebab sibuk melayan kerenah anak saudara. Ye...bukan datang berdua tapi dengan family.Meriah le sikit.
registration

Masuk-masuk je dah nampak ramai orang berpusu-pusu.



Gerai-gerai yang ada memang lebih banyak dari dulu.Ini merupakan kali kedua kami hadir di PPM. Dapatkah kami singgah di semua gerai? Well, 95% je coz 5% masa dah habis time show :)

Masa ronda-ronda tu dapat le tangkap pic penaja-penaja utama kita.

Di sini kami  buat ringkasan tentang PPM kali ini:
1.Show
Anak-anak saudara yang suka part ni. Dah letih meronda, nak rehat kaki sekejap.



bob AF

 Kerusi banyak kosong jadi kami layan show oleh Sarah Raisuddin dan Bob AF.



Pastu layan pulak fashion show. Kebetulan pada hari tu fashion show oleh Arma Abdul Rahman.

Hatta Dolmat pun ada

2. Gerai 
Rasanya susunatur gerainya kena ubah sikit.Letak setiap vendor ikut group supaya lebih memudahkan.Memang susah nak berjalan sikit coz ramai orang,Biasa le kalau ada pameran sehebat nih.Kalau nak jumpa vendor pun terpaksa beratur for a while coz memang tak menang tangan pun nak melayan.So we had to go around all the stalls 7 times...tawaf satu dewan :) until we get to meet the vendors.A bit tiring.

3. Vendors
Semuanya ada...kad kahwin,doorgift,catering,photography,pelamin,baju pengantin...gerai nak kurus badan pun ada. So everything is there..easy to make choices.Cuma kami ni memang budget sangat-sangat so maybe boleh buat pameran pengantin versi budget.We love the food tasting part! Disokong sepenuhnya oleh anak-anak saudara kecil kami.



Oh ye, kami tak perasan pulak ada gerai di luar dewan so masa balik tu sempatlah singgah. Kebetulan ada gerai ex-b2b..Ann Magnifique Planner...Ann & Ash...



 Kalau tak ingat, ini dia pelamin mereka yang popular tu.



4. Hiasan
 All that we can say...NICELY DONE especially pintu gerbang Nas Great Ideas. Dapatlah tengok secara dekat concept Cinta Seputih Salju secara dekat.Beberapa gerai pun buat setup lebih kurang begini.


Tapi yang ralatnya...

Takde paperbag...masa masuk tu tak nampak pun paperbag PPM macam biasa. Mungkin sebab event jatuh hari Sabtu, jadi takde paperbag ataupun kami sahaja yang tak dapat. Kalau ada paperbag, senang sikit nak letak brochures etc. Kalau PPM jual recycle bag pun ok gak :) Kami nampak a few couples yang bawak paperbag masing-masing. Nasib baik Ekhwan Catering provided paperbags..boleh le letak brochures yg berlambak.


Apa yang kami ingin lihat pada masa akan datang?
1. Penglibatan ramai pereka fesyen tempatan yang senior dan popular...seperti 



Datuk Bernard Chandran, Datuk Tom Saufi, Rizalman, Jovian Mandagie dengan pereka-pereka muda.At the same time, boleh adakan pertandingan mencipta pakaian pengantin khas untuk semua rakyat Malaysia kecuali pereka fesyen :) Yang terpilih boleh buat persembahan di runaway PPM.

2. Free doorgift
Masa pergi PICC dulu dapat paperbag  and buah epal sebab masa tu konsep ala-ala snow white/fairy tale..lebih kurang gitu le..ingat-ingat lupa. So maybe boleh carry on dengan pemberian doorgift mengikut tema :)

3. Talk
Ada tak yang berminat nak dengar? Well, talk yg very light not too heavy but entertaining and very informative for all. Maybe boleh jemput Datuk Fadilah Kamsah..bagi light  talk tentang alam rumahtangga etc or Eric untuk tunjuk sikit tips nak decorate rumah untuk majlis.


Kenapa kami patut menang?
Seperti peserta lain, kami pun nak menang sebab nak juga merasa hasil sentuhan penaja-penaja utama dan abadikan memori indah itu dalam hidup kami.Lagipun dari dulu asyik belek-belek majalah Pengantin and jatuh cinta dengan hasil kerja Arma, Ari, Photolicious,GI & Avicenna.Kalau dalam list angan-angan kahwin kami, memang ada vendors ni tapi sebab kami ni ada tight budget..tak pasti dapat guna perkhidmatan mereka nanti.

Namun begitu, menang atau kalah, itu adat. Yang pasti kami seronok sangat dapat menyertai online contest ni.Sekurang-kurangnya entri kami dapat disebarkan kepada ramai orang di sana dan di masa akan datang ramai yang akan tahu lebih banyak tentang Pameran Pengantin Malaysia ini.Kalau ada consolation prizes utk peserta online contest pun dah cukup happy :)(isk tak malu)

Dengan sedihnya..dapatlah tangkap a few pictures coz camera rosak pulak!Masa kami sampai tu memang dah kalut sangat  jadi terlupa pasal nak ambil gambar yg ada logo PPM atau Urban Vibe Contest.Ini saja bukti kami ada di situ...sorry cara yang berlainan sikit :)

niece jadi mangsa kami
Sekian, terima kasih.


Zafema

No comments:

Post a Comment